Friday, March 23, 2012

Sayangi Komputer Riba Korang .


Assalamualaikum ..


sesiapa dekat sini ade laptop or komputer ? cepat angkat kaki ! semestinya yang baca ni ada kann . kalau takderr , macam mane korang buleh update blog . muahaha .. okay , disini indah nak bagi tips sikitt pasal penjagaan komputer ni . korang sayang komputer korang takk ?? kalau sayang , jum bace di bawah >.<


   Penjagaan Bateri Dengan Baik    
   - Bateri perlu dijaga dengan baik untuk memanjangkan jangka hayat dan prestasi komputer riba korang. Kaedah yang terbaik untuk penjagaan bateri ialah dengan memastikan bateri digunakan secara maksimun sebelum dicas semula. Korang perlu menyambungkan soket kuasa kepada komputer riba hanya apabila terdapat amaran LOW BATTERY sahaja .

Defragementation Secara Berkala
- Fungsi disk defragmenter adalah untuk menyusun semula kedudukan data di dalam  hard disk supaya ia tersusun rapi dan berada dalam kedudukan yang berhampiran di antara satu sama lain . Apabila kedudukan data berada berdekatan di antara satu sama lain , hard disk lebih cepat untuk mendapatkan data yang diperlukan dan penggunaan tenaga dapat dikurangkan. Oleh itu , lakukan disk defragmenter seminggu atau dua minggu sekali. Untuk melakukannya,  klik Start Menu > All Program > Accessories > System Tools > Disk Defragmenter . Gunakan paparan yang disediakan .

Fungsi Hibernate Untuk Memadamkan Komputer
- Ramai yang menggunakan Shut Down untuk memadamkan komputer. Selain menggunakan Shut Down , komputer korang boleh dipadamkan dengan menggunakan hibernate . Shut Down berfungsi untuk menutup semua aplikasi yang dijalankan oleh sesebuah komputer sebelum memadamkan kuasanya. Proses  mengaktifkan kembali komputer mengambil masa yang agak panjang dan menggunakan lebih kuasa bateri. Hibernate pula berfungsi dalam menyimpan maklumat tentang kedudukan terakhir aplikasi yang sedang aktif dalam sesebuah komputer sejurus ia sebelum dipadamkan .Apabila komputer dihidupkan semula, sistem pengoperasian tidak perlu memulakan kesemua aplikasi yang diperlukan dari awal, sebaliknya sistem ini akan merujuk kepada maklumat yang telah disimpan tadi supaya komputer dapat kembali kepada keadaan terakhir sebelum dipadamkan .

Jaga Kebersihan Papan Kekunci
- Letakkan sekeping kain pada papan kekunci setiap kali korang tidak menggunakannya lagi agar ia tidak dimasuki habuk. Sesekali lapkan papan kekunci dengan perlahan-lahan dan pastikan korang tidak mengelapnya terlalu kasar bagi mengelakkan butang kekunci itu rosak. Gunakan papan kekunci dan tetikus yang berasingan supaya korang tidak kerap menggunakan papan kekunci di komputer riba.

Skrin LCD
- Di antara yang perlu diberi perhatian adalah skrin LCD . Pastikan korang kerap mengelap skrin kerana ia mudah dimasuki habuk .Korang juga perlu mengelakkan diri daripada menyentuh skrin dengan jari kerana sentuhan yang berminyak akan menyukarkan korang untuk melakukan aktiviti pembersihan di samping mampu menyebabkan dead pixel .

Surge Protector
- Berfungsi untuk menjaga perisian dan perkakasan komputer riba korang daripada rosak. Ia juga mampu menjaga pemacu cakera keras (HDD) dan punca kuasa ( Power Supply ) .

Port
- Bagi menjaga kerbersihan port daripada dimasuki habuk , korang boleh menggunakan berus atau berus gigi lama ketika membersihkannya.Semasa aktiviti pembersihan , pastikan suis dimatikan bagi mengelakkan sebarang kecelakaan yang tidak diingini.



credict to :REMAJA

No comments: