Sunday, March 3, 2013

Serangan besar-besaran

4/3/2013

Assalamualaikum 

Indah copy dari utusan online

SEBAHAGIAN daripada anggota tentera memunggah kelengkapan mereka ke dalam pesawat di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu, semalam untuk misi ketenteraan di Lahad Datu. - UTUSAN/ROSNI MASRI
 SEMPORNA 3 Mac - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijangka melancarkan serangan besar-besaran dalammasa 24 jam bagi menamatkan pencerobohan tentera Kesultanan Sulu di beberapa daerah di Sabah.
Difahamkan kawasan yang menjadi fokus utama serangan adalah Kampung Tanduo, Lahad Datu di mana ketua penceroboh, Raja Muda Azzumudie iaitu adik kepada Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram III bersama lebih 100 pengikutnya berkubu.

Ketika ini, anggota penembak tepat Tentera Darat ditempatkan di beberapa lokasi strategik dan Utusan Malaysia difahamkan, tiada lagi sebarang rundingan bakal dibuat sebaliknya misi kali ini adalah menumpaskan ke semua musuh.


semoga semua nya selamat . Amin .




No comments: