Thursday, December 5, 2013

Antikythera lebih bernilai dari Monalisa .

12/5/2013


Assalamualaikum 

credit to : Mastika

Pada tahun 1901 , sekumpulan penyelam melakukan pencarian di dasar lautan berdekatan Pulau Antikythera di Yunani (Greece). Di situlah terkuburnya bangkai kapal Rom yang gah satu ketika dulu .

Sebuah serpihan artifak purba dibawa naik .Strukturnya agak ganjil.Mempunyai banyak gear seperti sebuah penggerak mekanikal. Para saintis segera melakukan kajian . Hasilnya sangat mengejutkan .

Artifak yang digelar antikythera mechanism itu merupakan satu kejuteraan mekanikal yang begitu kompleks. Mengandungi roda gerigi dengan bebola yang tinggi mekanisme buatannya .

Kajian bertahun-tahun mendapati artifak ini ada kaitan dengan ilmu astronomi. Sama ada ia digunakan sebagai peralatan untuk kaji bintang mahupun berfungsi sebagai alat penunjuk arah untuk menuju ke sesuatu destinasi berdasarkan kedudukan matahari , bulan dan bintang .


Usianya lebih kurang 2,000 tahun . Anggaran ia dibuat sekitar awal tahun 100 sebelum masihi . Inilah yang memeningkan para saintis yang mengkajinya. Bagaimana teknologi secanggih artifak itu boleh wujud pada 2,000 tahun lampau sedangkan teknologi seperti ini didapati wujud sekitar abad ke-15 .

"Artifak ini luar biasa . Hitungan astronominya dalam menjejaki sesuatu destinasi sungguh mengagumkan dan sangat tepat . Kami ternganga seakan tidak percaya melihat ketelitian dalam pembuantannya." itu kata salah seorang pakar astronomi berpangkat profesor yang mengkaji artifak purba ini .

Malah , dia menyifatkan antikythera mechanism yang kini dipamerkan di Muzium Arkeologi di Anthens lebih bernilai harganya berbanding potret Monalisa karya pelukisa tersohor Leornado de Vinci.

Sehingga kini , tiada seorang pengkaji mampu merungkai pembuatan teknologi ini . Bahkan , mereka sentiasa tertanya-tanya ,bagaimana mesin hebat seperti ini boleh dicipta pada zaman di mana manusia ketika itu belum lagi mampu meneroka hukum graviti , ilmu anatomi bahkan ilmu astronomi .

Bagaimana manusia pada zaman purba dulu mempunyai teknologi sehebat itu ? Persoalan itu terus jadi tanda tanya para saintis .

Atau mungkin kita boleh persoalkan , sejarah peradaban yang ditulis para pengkaji tidak tepat faktanya ? Artifak antikythera mechanism ini mungkin salah satu bukti bahawa manusia zaman silam beribu-ribu tahun dahulu sudah mampu mencipta teknologi tinggi dan hebat berbanding manusia hari ini . Bukan sekadar bertelanjang atau hidup dalam gua-gua batu seperti yang dimomokkan dalam buku-buku sejarah moden .


*Yang part last sekali tuu indah setuju sangat . Peace ^^



No comments: