Thursday, December 6, 2012

Jangan ambil harta Sungai Furat !

7/12/2012
Assalamualaikum :)

Indah terbaca kisah ni dekat majalah Mastika . Interesting and betul betul menginsafkan bila baca ..



Namanya Sungai Eufrat atau Furat . Turut dikenali dengan nama lain iaitu Euphrates dan al-Furat yang bermaksud 'air paling segar'. Sungai Furat , antara sungai terpanjang di Asia Barat . Ia merentasi tiga buah negara iaitu  Iraq , Syria dan Turki .

Sungai Furat menjadi saksi kepada kebangkitan beberapa tamadun suatu ketika dulu . Sejak tahun 92SM ( Sebelum Masihi ) , sungai ini menyaksikan pelbagai tumpahan darah , kesan peperangan akibat perebutan kuasa tanah jajahan di sekitarnya .

Sebelum kedatangan Islam , pesisir Sungai Furat dikuasai dua kuasa besar iaitu Byzantine ( Rom ) dan Parsi . Selama lebih tujuh abad , kedua -dua kuasa ini sentiasa berperang bagi menguasai kawasan jajahan takluk masing-masing .

Hanya setelah kebangkitan tamadun Islam barulah kedua-dua kuasa besar ini berjaya ditundukkan.Khalifah Abu Bakar merupakan tunjang  yang membawa perubahan dalam pembinaan empayar Islam . Perjuangan itu disambung oleh Khalifah Umar al-Khattab, yang mencatatkan peristiwa penting dalam perkembangan peradaban Islam di seluruh dunia .

Namun , Sungai Furat bukan sekadar saksi kepada kebangkitan Islam . Lebih penting , ia sebagai penanda aras . Penentu kepada 'hari keadilan ' yang bakal menjemput manusia .

Petanda Kiamat

Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda : " Tidak terjadi hari kiamat sehingga Sungai Furat menjadi surut airnya , sehingga ternampak sebuah gunung daripada emas . Maka ramai orang yang berperang untuk merebutkannya . Maka terbunuh sembilan puluh sembilan daripada seratus orang yang berperang . Dan kata masing-masing  yang terlibat berkata : "Mudah-mudahan akulah orang yang terselamat itu ". " 

Dalam riwayat lain pula disebutkan:  " Sudah dekat suatu masa di mana Sungai Furat akan menjadi surut airnya lalu ternampak perbendaharaaan daripada emas , maka barang siapa yang hadir di situ jangan lah ia mengambil sesuatu pun daripada harta itu." - Hadis riwayat Bukhari dan Muslim .

Hadis itu jelas menerangkan bahawa sungai yang mengalir di tiga negara besar ini akan surut apabila tiba waktunya. Ketika itu, akan tersingkaplah harta karun yang tersembunyi di dalam nya .

Begitu besar nilainya apabila diibaratkan bagai segunung emas hingga manusia sanggup berbunuhan untuk merebut kekayaan itu .

Sudah keringkah sungai ini ??

Jangan risau , Air nya masih mengalir . Tapi , yang pasti , paras airnya semakin berkurang hari demi hari .

Benarkah ada harta karun di dalamnya ?

Itu juga belum pasti . Namun , dua batang anak sungai yang mengalir ke Sungai Furat sudah kering . Dan penduduk tempatan menemui kepingan syiling dan perhiasan emas dari dasar anak sungai yang telah surut itu .

Malah , para pengkaji Barat juga sentiasa cuba mencari kebenaran apakah Sungai Furat menyimpan harta tersembunyi seperti yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w tadi .

Justeru , tidak hairanlah jika pencerobohan  Barat ke atas Iraq turut dikaitkan sebagai salah satu agenda yang mahu merebut kekayaan yang tersembunyi dalam Sungai Furat ,

Apa yang pasti , ingatan Rasulullah s.a.w terhadap apa yang bakal berlaku ke atas Sungai Furat tidak mustahil akan terjadi tidak lama lagi . Ketika ini , sudah dapat dilihat peperangan berlaku di mana-mana sahaja , terutama di kalangan mereka yang tamak . Manusia akan bertelingkah hingga berbunuhan demi berebut kekayaan dari sungai ini .

Ingatlah wahai umat Islam , jangan dibutakan mata oleh harta Sungai Furat tatkala ia muncul kelak . Lupakan kekayaan itu ! Ingat lah pesan Rasulullah s.a.w agar menjauhkan diri darinya .

Seperti yang dikatakan , keringnya Sungai Furat dan timbulnya kekayaan itu suatu petanda , bahawa kiamat bakal menjelma tidak lama lagi !

Allah berfirman : "Sesungguhnya kiamat itu pasti datang , yang Aku sembunyikan masa kedatangannya , supaya setiap dari kamu dibalas dengan apa yang telah kamu lakukan."- Surah Taha . Ayat : 15.




No comments: